Thursday 29 September 2011

Resepi Nasi Ayam Penyek

satu lagi resipi baru saya..hehehhe..mempersembahkan "NASI AYAM PENYEK SERAWAK"....




wow...sungguh menyelerakan...hehhehe...laper laa tengok ayam penyek saya ni..sdappp....korang mecti cuba...
bahan untuk membuat resipi ini telah saya sediakan  sila-sila salin...hehehee..bagi kanak-kanak mereka amat menggemari ayam..cubalaa resipi ini untuk hidangan lunch anda.... hehehheh
Bahan-bahan:


penyediaan ayam

  • ayam : Seekor (Potong 8 & rebus selama 10 minit dan toskan) (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi)
  • Jintan Manis : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Jintan Putih : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Ketumbar : 3 Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Serbuk Kari Ayam : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Kunyit : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Lada Putih  : ½ Sudu Besar
  • Bawang Putih : 3 Ulas
  • Halia: 1cm
  • Sedikit Air 
  • Garam : Secukup Rasa
  • Minyak : Secukupnya
bahan untuk sambal
  • Minyak Masak : Secukupnya
  • Cili Merah : 10 Biji (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
  • Cili Padi  : 10 Biji
  • Bawang Kecil / Merah : 10 Biji (Dihiris)
  • Bawang putih : 3 Biji (Dihiris)
  • Tomato : 5 Biji (Potong 4)
  • Belacan  : 5cm
  • Ikan Bilis : 2 Sudu
  • Gula Merah: 3 Sudu Kecil / Secukup Rasa 
penyediaan nasi
  • Beras : 3 Cawan (Dibasuh dan ditoskan)
  • Bawang Putih  : 3 Ulas
  • Kulit Kayu Manis : 1 Batang
  • Buah Pelaga : 4 Biji
  • Bunga Lawang : 2 Kuntum
  • Butter :Sedikit
  • Garam : Secukup Rasa
  • Kiub Pati Ayam : 2 / 3 Kiub
  • Air Rebusan Ayam :6 Cawan
cara-cara masak ayam penyek
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.. 
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 
cara memasak sambal ayam penyek
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
  • Masukkan gula merah dan gaul rata. 
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 
cara masak sup
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.Masukkan sup bunyut.. 
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan
cara-cara memasak nasi ayam
  • Untuk Nasi Panaskan butter. 
  • Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. 
  • Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi eletrik dan masak macam biasa
hehheheeh...kalo dh ciap tu jangan lupa bagi jiran...hehehhe cara-cara nk eratkan silaturahim...jiran anda pasti suka... 




                     SELAMAT MENCUBA!!!!