Wednesday 28 September 2011

Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN)

        Majlis mesyuarat  kerajaan negeri  (MMKN) berfungsi memberi nasihat kepada raja/sultan/ YDPN dalam pemerintahan negara. MMKN diketuai Menteri Besar/ Ketua Menteri. Ahli MMKN tidak boleh kurang dari 4 orng dan tidak boleh lebih 12 orang yang dilantik dari ahli DUN termasuk MB/KM.
       
        Pelantikan ahli MMKN adalah oleh sultan /YDPN atas nasihat seorng Exco atau menteri mengetui satu bidang pentadbiran negeri 3orng pegawai kerajaan negeri iaitu setiausaha kerajaan negeri ,penasihat undang-undang , dan pegawai kewangan  Ex-Oficio yang bertujuan bagi menyelaraskan pentadbiran negeri.

        Mereka boleh mengambil bahagian dalam perjalanan MMKN  tetapi tidak boleh mengundi. Ahli MMKN bertanggungjawab secara kolektif kepada DUN .tugas utama MMKN adalah membuat dasar negeri.Dalam sistem  pentadbiran  berjawatankuasa iaitu fungsinya  adalah menigkatkan penyelarasan  pentadbiran peringkatnegeri. Jawatankuasa MMKN akan mengawasi pelaksanaan keputusan  oleh agensi awam kepada jabatan dan agensi kerajaan. Ia juga membantu  MMKN dalam membuat keputusan oleh agensi awam yang terlibat. Peranananya menyamai tugas kementerian diperingkat persekutuan.

         Jawatankuasa ini dipengerusikan pula di pengerusikan oleh ahliMMKN setiausaha adalah pegawai kerajaan  dari pejabat setiausah kerajaan negeri.Kebiasaanye diamalkan di Sabah dan Sarawak yang lebih bersifat pentadbiran bermenteri. Seorang menteri bertanggungjawab  ke atas  satu kementerian dengan dibantu oleh menteri muda.


Proses penggubalan dan Prosedur penggubalan

 Menteri dan pegawai kementerian merangka dasar rang undang-undang dengan nasihat jabatan peguam negara. Menteri akan mendapatkan  kelulusan dari kabinet bagi dasar rang undang-undang (menerangkan pentingnya undang-undang itu  dibentang di perlimen).selepas kabinet setuju atau tidak rang undang-undang dicetak dan dikemukakan  di parlimen.rang undang-undang di bentang di dewan rakyat dan dewan negara iaitu bacaan pertama bacaan kedua, peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga.



    Rang undang-undang yang telah diluluskan  oleh kedua-dua dewan dipersembahkan kepada YDPA untul pekenan . sebelum diterima pakai rang undang-undang yang telah diperkenan sebelum olehYDPA dicap mohor besar persekutuan. Rang undang-undang disiarkan sabagai undang-undang dalam warta kerajaan  dan dengan itu kuatkuasa undang-undang itu terlaksana



prosedur penggubalan


    Pada bacaan pertama menteri membacakan buat kali pertama tajuk rang undang-undang yang dibentangkan . Menteri akan memberitahi akan secara lisan bila bacaan kedua akan dilakukan. bacaan kedua pula,rang undang-undang akan membahaskan prinsip-prinsip  am serta pengaruhnya dan implikasinya kepada rakyat dan negara.menteri juga akan menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan dalam sidang dewan. selepas dibahas rang undang-undang diundi dalam sidang dewan  untuk mendapatkan kelulusan melalui mejoriti mudah atau lebih 2/3.


      Diperingkat jawatankuasa,rang undanag-undang itu dibentangkan di peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan dengan lebih teliti  dengan melihat semua fasal,jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pidaan yang sesuai.seterusnya bacaan ketiga dimana menteri  akan mengusulkan kepada dewan supaya rang undang-undang diluluskan .undian akan dibuat kali kedua sebelum diluluskan oleh dewan