Wednesday 28 September 2011

Proses penggubalan dan Prosedur penggubalan

 Menteri dan pegawai kementerian merangka dasar rang undang-undang dengan nasihat jabatan peguam negara. Menteri akan mendapatkan  kelulusan dari kabinet bagi dasar rang undang-undang (menerangkan pentingnya undang-undang itu  dibentang di perlimen).selepas kabinet setuju atau tidak rang undang-undang dicetak dan dikemukakan  di parlimen.rang undang-undang di bentang di dewan rakyat dan dewan negara iaitu bacaan pertama bacaan kedua, peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga.



    Rang undang-undang yang telah diluluskan  oleh kedua-dua dewan dipersembahkan kepada YDPA untul pekenan . sebelum diterima pakai rang undang-undang yang telah diperkenan sebelum olehYDPA dicap mohor besar persekutuan. Rang undang-undang disiarkan sabagai undang-undang dalam warta kerajaan  dan dengan itu kuatkuasa undang-undang itu terlaksana



prosedur penggubalan


    Pada bacaan pertama menteri membacakan buat kali pertama tajuk rang undang-undang yang dibentangkan . Menteri akan memberitahi akan secara lisan bila bacaan kedua akan dilakukan. bacaan kedua pula,rang undang-undang akan membahaskan prinsip-prinsip  am serta pengaruhnya dan implikasinya kepada rakyat dan negara.menteri juga akan menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan dalam sidang dewan. selepas dibahas rang undang-undang diundi dalam sidang dewan  untuk mendapatkan kelulusan melalui mejoriti mudah atau lebih 2/3.


      Diperingkat jawatankuasa,rang undanag-undang itu dibentangkan di peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan dengan lebih teliti  dengan melihat semua fasal,jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pidaan yang sesuai.seterusnya bacaan ketiga dimana menteri  akan mengusulkan kepada dewan supaya rang undang-undang diluluskan .undian akan dibuat kali kedua sebelum diluluskan oleh dewan

No comments:

Post a Comment