Tuesday 27 September 2011

Badan Perundangan


        Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.


       Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Dipertua Agong, dewan negara dan dewan rakyat. 

      Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. 



Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.






AHLI DEWAN RAKYAT







Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.

Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

   kuasa badan perundangan ditentukan oleh perlembagaan persekutuan  yang disebut dalam pekara 66-68 p.p 
kuasa badan perundanagan adalah kuasa dalam menentukan,membuat pindaan atau memansuhkan undang-undang.badan perundanagan juga  berkuasa dalam mengenakan mana-mana cukai batu,tambahan  atau memansuhkan  mana-mana cukai.kelulusan bajet negara juga terdapat dalam bidang kuasa badan perundangan.


     parlimen juga mempunyai kuasa terhadap negeri.paerlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa pekara yang disenaraikan dalam negeri.maksud melaksanakan apa-apa perjanjian atau konvensyen antara persekutuan  dengan mana-mana negara lain .kuasa terhadap apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai malaysia .segala urusan pelaburan  yang berkaitan antarabangsa  mestilah melalui parlimen.DUN akan diarahkan sekiranaya diminta untuk memeriksa undang-undang sekiranya diminta tuntuk berbuat demikian.


       peranan dewan negara adalah membahaskan  rang undang-undang dengan lebih teliti iaiatu satu forum yang membolehkan ahli-ahli politik,orang awam dan mereka yang berpengalaman mengambil bahagian  dalam perbahasan undang-undang.kewujudan dewan negara bertujuan untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri  khususnya negeri yang kecil.DN boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan di DR tetapi berkuasa untuk menangguhkan sahaja

         Dewan Rakyat merupakan dewan yang penting  keranan dewan ini lebih besar dari dewan negara.tugas dewan rakyat  mengubal dan meluluskan rang undang-undang.hilang kelayakan dewan rakyat  boleh berhenti bila-bila  masa dengan menghantar surat perletakan jawatan kepada yang dipertua .selain itu, kelayakan ahli boleh hilng sekiranya ahlinya di istiharkan tidak sempurna akal, mulis yang belum dilepasakan,memegang jawatan bergaji  dan berfaedah dalam perkhimatan awam, tidadk menghadiri persidangan awam selama 6bulan berturut-turut tanpa izin. gagal hantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan, peroleh kewarganegaran lain secara asing, disabitkan kesalahan dalam jenayah oleh mana-mana mahkamah persekutuan.